Friday, April 30, 2010

Kenapa Dipertikai Status Ibu & Bapa Nabi S.A.W

Saya sangat terkejut dan sedih kerana Utusan Malaysia telah menyiarkan artikel dalam ruangan Bicara Agama tentang status ibu dan bapa Nabi S.A.W yang dikatakan oleh penulis artikel tersebut sebagai bukan Muslim berdasarkan hadis-hadis.baca disini


Saya tidak mengetahui tentang artikel tersebut sehinggalah ketika sedang mendengar khutbah di sebuah masjid di Taman TAR, Ampang dimana khatib tersebut menyatakan rasa kesal yang amat sangat berhubung penerbitan artikel yang berkenaan.


Khatib berkenaan dengan lantang telah menyebut nama Utusan Malaysia dan membawa sekali keratan artikel berkenaan sebagai bukti dan meminta para jemaah membacanya apabila selesai Solat Jumaat.


Khatib berkenaan juga telah memberikan nas-nas yang ada dalam Al-Quran dan juga pandangan beliau yang menyatakan bahawa :
1) ibu bapa Nabi SAW adalah Muslim
2) perbahasan mengenai isu tersebut diatas adalah tidak wajar kerana pastinya akan melukai perasaan Rasulullah S.A.W
3) isu ini mengundang persepsi yang tidak bagi terhadap nasab Rasulullah S.A.W terutamanya ibu dan bapa baginda. Secara terang-terangan dan jelas bahawa penulis berkenaan telah membuat kesimpulan bahawa ibu dan bapa nabi adalah kafir berdasarkan hadis-hadis yang dibaca oleh beliau.


Saya bersetuju dengan khatib yang berkenaan. Apabila saya ajukan perkara ini kepada rakan-rakan yang arif tentang agama, mereka juga memberikan pendapat yang serupa dengan tuan khatib.


Untuk makluman juga, pada minggu-minggu yang akan datang, khatib berkenaan akan terus berkhutbah mengenai status ibu bapa Nabi S.A.W sehinggalah isu ini diselesaikan.


Utusan Malaysia perlu lebih bertanggungjawab berhubungkait artikel-artikel yang dikeluarkan. Fikir dulu perasaan orang lain dan masyarakat. Sekarang ini persepsi masyarakat terhadap ibu dan bapa Nabi S.A.W telah berubah sebaik sahaja artikel berkenaan dibaca. Saya faham bahawa pihak Utusan hanya akan katakan bahawa itu adalah jawapan daripada penulis artikel berkenaan terhadap soalan yang dikemukakan. Tetapi bukankah pihak Utusan mempunyai kuasa veto untuk membatalkan mana-mana penerbitan yang boleh menimbulkan kontroversi?


Bayangkan juga, Utusan ini sinonim dengan UMNO/Kerajaan. Pasti pihak pembangkang akan gunakan isu ini sewaktu berceramah dengan mengatakan bahawa UMNO/Kerajaan ini jahil dan sebagainya walaupun sebenarnya Kerajaan tidak terlibat langsung.


Tolonglah, jangan hanya kerana nak naikkan rating jualan (mungkin?), anda memilih jalan kontroversi. Pesan saya, sila bincang dahulu tentang sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kontroversi sebelum diedarkan untuk tatapan umum.

Kes Allahyarham Aminulrasyid : Biarlah Adil Kepada Semua Pihak

Al-Fatihah buat Allahyarham Adik Aminulrasyid. Takziah juga kepada keluarga Allahyarham. Buat si ibu, saya minta supaya banyak-banyak bersabar. Ini ujian Allah yang maha berat. Saya pun tak pasti samada saya mampu untuk jadi seteguh ibu. Apapun, saya amat-amat bersimpati dengan ibu.


Ketua Polis Negara pun dah keluarkan kenyataan. Kita tengok macam mana hasil siasatannya nanti.


Benar, polis juga punya hak untuk mempertahankan diri. Seperti kata bapa mertua saya yang juga merupakan bekas anggota polis, hakikatnya pihak polis tidak boleh dipersalahkan 100%. Dalam kes polis vs penjenayah @ suspek penjenayah, persoalannya adakah polis hanya dibenarkan untuk menembak selepas diserang? Secara berjenaka,kata bapa mertua saya "takkan bila polis dah luka-luka sebab kena tembak, putus tangan sebab kena libas dengan parang atau dah patah tulang akibat dilanggar kereta, baru dibenarkan untuk tembak si penyerang?".


Saya fikir pun ada logiknya. Cuma, dalam kes ini ada perbezaan. Dalam versi pemahaman saya berdasarkan laporan surat khabar, si mati tidak keluar dari kereta. Hanya cuba mengundurkan kereta bagi melarikan diri. Kereta berkenaan mungkin hampir terlanggar si polis. Sudah jadi takdir, si polis merasakan nyawanya terancam dan ambil keputusan tembak.


Persoalan ramai pihak, kenapa tembak tepat ke arah pemandu? Bukankah boleh tembak di tayar kereta atau ke udara? Secara logik akal, semua orang akan takut bila terdengar bunyi tembakan pistol dan pastinya akan berhenti daripada melakukan sesuatu tindakan yang boleh mengancam nyawa sendiri.


Saya berharap agar Menteri Dalam Negeri ambil keputusan yang terbaik untuk membela sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini. Samada si mati atau anggota polis berkenaan. Saya tidak boleh campur tangan. Cuma pandangan saya, biarlah hilang seorang penjawat awam daripada hilang kepercayaan seluruh anggota masyarakat terhadap Kerajaan.

Thursday, April 29, 2010

Amaran Keras Oleh Sultan Selangor Kepada Orang-Orang Yang Keras Kepala

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertegas supaya penggunaan masjid dan surau di Selangor bebas daripada sebarang penyebaran dakyah politik perlu ditaati oleh semua pihak. Mana-mana pihak yang merasakan titah baginda tersebut adalah karut dan merupakan tinggalan penjajah, moga-moga jangan jejakkan kaki anda ke Negeri Selangor.


"Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah. Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya," titah Baginda. (Sumber: Malaysiakini).


Kepada Menteri Besar Kelantan, anda makan cili dan anda rasa pedasnya. Jangan main cakap ikut sedap mulut je. Sampaikan laungan azan sendiri dikatakan politik. Inilah akibatnya bila anda tidak dapat pisahkan antara politik dan keperluan perpaduan ummah.


Kepada Dr. Hasan Ali pula, sila-silakanlah mengadap Sultan Selangor untuk bagi penjelasan tentang khutbah Jumaat anda. Sudah terang lagi bersuluh, apa yang anda sampaikan tempohari berbaur politik. Anda bukan berkhutbah, tetapi berceramah. Kalau berkhutbah, makmun tidak boleh bercakap langsung. Sudah terbukti, juak-juak anda bertakbir menyokong ceramah anda di masjid berkenaan!!!

Pakatan Haram "MENGANJING"

Pasca PRK Hulu Selangor

Sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Kecil, seperti biasa 'post mortem' akan diadakan bagi mengenalpasti kekurangan dan kelebihan setiap pihak yang bertanding. BN juga tidak terkecuali. Pastinya, isu utama yang dibincangkan adalah kurangnya sokongan masyarakat cina terhadap BN. Paling ketara, selepas sahaja PRK Hulu Selangor.


Saya difahamkan bahawa PM amat sedih dengan keadaan yang berlaku. Segala macam perkara 'dijual' bagi menarik sokongan Cina terhadap BN. Tapi, masih belum laku sepenuhnya. Komponen BN juga tidak terkecuali. Pening kepala, sakit hati dan runsing. Paling ketara dilihat tentulah ADUN K.K.Baru. Majoriti beliau hanya 448 pada PRU 12. Dalam PRK Hulu Selangor, DUN yang diwakili beliau kalah. Kalau tak kena gaya, melepaslah kerusi tersebut pada PRU 13.


Dalam hal ini juga, mungkin ada perkara-perkara yang terlepas pandang oleh pemimpin-pemimpin BN. Sebagai orang luar dan juga anak muda, saya rasa ada yang tak kena dalam perikatan BN sehinggakan masyarakat cina ada semacam rasa 'alergi' kepada parti BN.


Ini antara perkara yang saya rasakan patut dipertimbangkan oleh BN :


1. Unsur-unsur 'ultra Melayu' yang menyebabkan pembangkang terutamanya DAP mainkan isu ini bagi menakutkan masyarakat cina. Contohnya : Ketuanan Melayu, bangsa pendatang, "i am Malay first".


2. Komponen BN hanya turun dan bantu masyarakat cina bila ada program@event seumpama ini. Maknanya, isu yang berlaku dalam masyarakat cina tak diambil pusing sebelum ini.


3. Sesetengah pemimpin UMNO kena 'reserve' sikit bila bercakap/berucap. Jangan cakap ikut sedap mulut jek.Kita tau, korang adalah 'champion' orang Melayu. Tapi jangan sampai kaum lain terasa hati. Maknanya, bila bercakap tu 'tapis' la sikit mulut korang.


4. Nilai semula ciri-ciri pentadbiran Tun M. Waktu tu, semua orang senang hati. Dasar yang dijalankan tidak menampakkan ada kaum-kaum yang rasa tertinggal atau tertekan. Belajarlah dari Tun M selagi mana dia masih hidup. Tak salah dan tak rugi sebenarnya.


5. Hentikanlah kaedah projek @ janji 'mee segera'. Kaedah sebegini rupa sudah tidak relevan. Saya cadangkan kalau nak dapatkan juga undi masyarakat cina, PM atau Wakil Rakyat atau pemimpin BN terus saja pergi ke mana-mana kampung cina & terus serahkan sahaja apa jua projek @ keperluan yang perlu dipenuhi.


Moga apa juga yang dibuat oleh PM dan BN, akhirnya masyarakat cina dapat menilai keikhlasan perjuangan ini. Amin

Tuesday, April 27, 2010

Inilah pembangkang.....

Kalau kita lihat senario yang berlaku selepas selesainya 10 siri Pilihan Raya Kecil yang lalu, ungkapan-ungkapan sedemikian di bawah adalah yang biasa didengari oleh kita semua. Untuk rekod, negara kita telah melalui 10 siri Pilihan Raya Kecil yang mana 7 kawasan telah dimenangi oleh Pembangkang manakala BN menang 3 kawasan.


"Ini adalah kemenangan rakyat"


"Rakyat telah memihak kepada Pakatan Rakyat"


"Kemenangan ini adalah bukti jelas PM & TPM perlu berundur daripada jawatan mereka sekarang"


"Taktik kotor BN/UMNO merupakan punca mereka kalah"


dan pelbagai lagi ungkapan-ungkapan daripada mulut pemimpin mereka.


Tapi, bila kalah yang jeleknya mereka ini tidak pernah mengakui akan kelemahan diri. Ungkapan-ungkapan ini biasa didengari :


"BN/SPR tidak adil"


"Pengundi hantu adalah penyebab kekalahan pembangkang"


"BN beli/rasuah pengundi"


dan pelbagai lagi tohmahan daripada pembangkang.


Pandaila korang, bila menang korang kata yang rakyat sokong.Bila kalah pulak,korang kata BN menipu. Sampai bila korang nak berada dalam 'state of denial'?


Korang tengokla, suatu hari nanti korang akan jatuh & takkan bangun lagi dah. Rakyat dah sedar & dah muak dengan korang. Penipu!!!!

Monday, April 26, 2010

Sudah kembali

Nampaknya, Hulu Selangor sudah kembali pada Barisan Nasional. Alhamdulillah. Tapi macam biasa, pembangkang tetap akan kata itu dan ini. SPR tak betullah, sistem tak adillah dan bermacam-macam ribu alasan. Nampak sangat dalam hal ini, pembangkang tak pernah untuk memahami maksud sebenar rukun iman ke 6 iaitu Beriman kepada Qada' dan Qadar.


Bagi BN pula, bila sudah kembali mendapat sokongan rakyat walaupun masih belum mencapai kekuatan sebenar, perlu sentiasa rendah diri, mendahului rakyat dan menunaikan janji-janjinya. Dalam hal ini, YB Kamalanathan perlu bekerjasama dengan YB Dato' Noh Omar untuk pastikan setiap janji-janji ditepati.


Kepada YB Kamalanathan pula, jangan jadi manusia yang angkuh bila gelaran 'YB' sudah menjadi panggilan seharian. Penduduk akan melihat gerak geri YB dari hari ke hari. Silap langkah, PRU 13 akan nanti, BN akan terlepas lagi kerusi Hulu Selangor. Jadi, amanah dan tugasan perlu dilaksanakan sebaik mungkin.


Saya doakan moga BN akan kembali mendapat sokongan rakyat. Lepas ini ada satu lagi ujian di Sibu. Moga-moga, kemenangan tetap berpihak kepada BN.


Satu lagi, taktakut juga sudah kembali.