Thursday, April 29, 2010

Amaran Keras Oleh Sultan Selangor Kepada Orang-Orang Yang Keras Kepala

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertegas supaya penggunaan masjid dan surau di Selangor bebas daripada sebarang penyebaran dakyah politik perlu ditaati oleh semua pihak. Mana-mana pihak yang merasakan titah baginda tersebut adalah karut dan merupakan tinggalan penjajah, moga-moga jangan jejakkan kaki anda ke Negeri Selangor.


"Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah. Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya," titah Baginda. (Sumber: Malaysiakini).


Kepada Menteri Besar Kelantan, anda makan cili dan anda rasa pedasnya. Jangan main cakap ikut sedap mulut je. Sampaikan laungan azan sendiri dikatakan politik. Inilah akibatnya bila anda tidak dapat pisahkan antara politik dan keperluan perpaduan ummah.


Kepada Dr. Hasan Ali pula, sila-silakanlah mengadap Sultan Selangor untuk bagi penjelasan tentang khutbah Jumaat anda. Sudah terang lagi bersuluh, apa yang anda sampaikan tempohari berbaur politik. Anda bukan berkhutbah, tetapi berceramah. Kalau berkhutbah, makmun tidak boleh bercakap langsung. Sudah terbukti, juak-juak anda bertakbir menyokong ceramah anda di masjid berkenaan!!!

No comments: