Friday, April 30, 2010

Kes Allahyarham Aminulrasyid : Biarlah Adil Kepada Semua Pihak

Al-Fatihah buat Allahyarham Adik Aminulrasyid. Takziah juga kepada keluarga Allahyarham. Buat si ibu, saya minta supaya banyak-banyak bersabar. Ini ujian Allah yang maha berat. Saya pun tak pasti samada saya mampu untuk jadi seteguh ibu. Apapun, saya amat-amat bersimpati dengan ibu.


Ketua Polis Negara pun dah keluarkan kenyataan. Kita tengok macam mana hasil siasatannya nanti.


Benar, polis juga punya hak untuk mempertahankan diri. Seperti kata bapa mertua saya yang juga merupakan bekas anggota polis, hakikatnya pihak polis tidak boleh dipersalahkan 100%. Dalam kes polis vs penjenayah @ suspek penjenayah, persoalannya adakah polis hanya dibenarkan untuk menembak selepas diserang? Secara berjenaka,kata bapa mertua saya "takkan bila polis dah luka-luka sebab kena tembak, putus tangan sebab kena libas dengan parang atau dah patah tulang akibat dilanggar kereta, baru dibenarkan untuk tembak si penyerang?".


Saya fikir pun ada logiknya. Cuma, dalam kes ini ada perbezaan. Dalam versi pemahaman saya berdasarkan laporan surat khabar, si mati tidak keluar dari kereta. Hanya cuba mengundurkan kereta bagi melarikan diri. Kereta berkenaan mungkin hampir terlanggar si polis. Sudah jadi takdir, si polis merasakan nyawanya terancam dan ambil keputusan tembak.


Persoalan ramai pihak, kenapa tembak tepat ke arah pemandu? Bukankah boleh tembak di tayar kereta atau ke udara? Secara logik akal, semua orang akan takut bila terdengar bunyi tembakan pistol dan pastinya akan berhenti daripada melakukan sesuatu tindakan yang boleh mengancam nyawa sendiri.


Saya berharap agar Menteri Dalam Negeri ambil keputusan yang terbaik untuk membela sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini. Samada si mati atau anggota polis berkenaan. Saya tidak boleh campur tangan. Cuma pandangan saya, biarlah hilang seorang penjawat awam daripada hilang kepercayaan seluruh anggota masyarakat terhadap Kerajaan.

No comments: