Thursday, April 29, 2010

Pasca PRK Hulu Selangor

Sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Kecil, seperti biasa 'post mortem' akan diadakan bagi mengenalpasti kekurangan dan kelebihan setiap pihak yang bertanding. BN juga tidak terkecuali. Pastinya, isu utama yang dibincangkan adalah kurangnya sokongan masyarakat cina terhadap BN. Paling ketara, selepas sahaja PRK Hulu Selangor.


Saya difahamkan bahawa PM amat sedih dengan keadaan yang berlaku. Segala macam perkara 'dijual' bagi menarik sokongan Cina terhadap BN. Tapi, masih belum laku sepenuhnya. Komponen BN juga tidak terkecuali. Pening kepala, sakit hati dan runsing. Paling ketara dilihat tentulah ADUN K.K.Baru. Majoriti beliau hanya 448 pada PRU 12. Dalam PRK Hulu Selangor, DUN yang diwakili beliau kalah. Kalau tak kena gaya, melepaslah kerusi tersebut pada PRU 13.


Dalam hal ini juga, mungkin ada perkara-perkara yang terlepas pandang oleh pemimpin-pemimpin BN. Sebagai orang luar dan juga anak muda, saya rasa ada yang tak kena dalam perikatan BN sehinggakan masyarakat cina ada semacam rasa 'alergi' kepada parti BN.


Ini antara perkara yang saya rasakan patut dipertimbangkan oleh BN :


1. Unsur-unsur 'ultra Melayu' yang menyebabkan pembangkang terutamanya DAP mainkan isu ini bagi menakutkan masyarakat cina. Contohnya : Ketuanan Melayu, bangsa pendatang, "i am Malay first".


2. Komponen BN hanya turun dan bantu masyarakat cina bila ada program@event seumpama ini. Maknanya, isu yang berlaku dalam masyarakat cina tak diambil pusing sebelum ini.


3. Sesetengah pemimpin UMNO kena 'reserve' sikit bila bercakap/berucap. Jangan cakap ikut sedap mulut jek.Kita tau, korang adalah 'champion' orang Melayu. Tapi jangan sampai kaum lain terasa hati. Maknanya, bila bercakap tu 'tapis' la sikit mulut korang.


4. Nilai semula ciri-ciri pentadbiran Tun M. Waktu tu, semua orang senang hati. Dasar yang dijalankan tidak menampakkan ada kaum-kaum yang rasa tertinggal atau tertekan. Belajarlah dari Tun M selagi mana dia masih hidup. Tak salah dan tak rugi sebenarnya.


5. Hentikanlah kaedah projek @ janji 'mee segera'. Kaedah sebegini rupa sudah tidak relevan. Saya cadangkan kalau nak dapatkan juga undi masyarakat cina, PM atau Wakil Rakyat atau pemimpin BN terus saja pergi ke mana-mana kampung cina & terus serahkan sahaja apa jua projek @ keperluan yang perlu dipenuhi.


Moga apa juga yang dibuat oleh PM dan BN, akhirnya masyarakat cina dapat menilai keikhlasan perjuangan ini. Amin

No comments: