Friday, April 30, 2010

Kenapa Dipertikai Status Ibu & Bapa Nabi S.A.W

Saya sangat terkejut dan sedih kerana Utusan Malaysia telah menyiarkan artikel dalam ruangan Bicara Agama tentang status ibu dan bapa Nabi S.A.W yang dikatakan oleh penulis artikel tersebut sebagai bukan Muslim berdasarkan hadis-hadis.baca disini


Saya tidak mengetahui tentang artikel tersebut sehinggalah ketika sedang mendengar khutbah di sebuah masjid di Taman TAR, Ampang dimana khatib tersebut menyatakan rasa kesal yang amat sangat berhubung penerbitan artikel yang berkenaan.


Khatib berkenaan dengan lantang telah menyebut nama Utusan Malaysia dan membawa sekali keratan artikel berkenaan sebagai bukti dan meminta para jemaah membacanya apabila selesai Solat Jumaat.


Khatib berkenaan juga telah memberikan nas-nas yang ada dalam Al-Quran dan juga pandangan beliau yang menyatakan bahawa :
1) ibu bapa Nabi SAW adalah Muslim
2) perbahasan mengenai isu tersebut diatas adalah tidak wajar kerana pastinya akan melukai perasaan Rasulullah S.A.W
3) isu ini mengundang persepsi yang tidak bagi terhadap nasab Rasulullah S.A.W terutamanya ibu dan bapa baginda. Secara terang-terangan dan jelas bahawa penulis berkenaan telah membuat kesimpulan bahawa ibu dan bapa nabi adalah kafir berdasarkan hadis-hadis yang dibaca oleh beliau.


Saya bersetuju dengan khatib yang berkenaan. Apabila saya ajukan perkara ini kepada rakan-rakan yang arif tentang agama, mereka juga memberikan pendapat yang serupa dengan tuan khatib.


Untuk makluman juga, pada minggu-minggu yang akan datang, khatib berkenaan akan terus berkhutbah mengenai status ibu bapa Nabi S.A.W sehinggalah isu ini diselesaikan.


Utusan Malaysia perlu lebih bertanggungjawab berhubungkait artikel-artikel yang dikeluarkan. Fikir dulu perasaan orang lain dan masyarakat. Sekarang ini persepsi masyarakat terhadap ibu dan bapa Nabi S.A.W telah berubah sebaik sahaja artikel berkenaan dibaca. Saya faham bahawa pihak Utusan hanya akan katakan bahawa itu adalah jawapan daripada penulis artikel berkenaan terhadap soalan yang dikemukakan. Tetapi bukankah pihak Utusan mempunyai kuasa veto untuk membatalkan mana-mana penerbitan yang boleh menimbulkan kontroversi?


Bayangkan juga, Utusan ini sinonim dengan UMNO/Kerajaan. Pasti pihak pembangkang akan gunakan isu ini sewaktu berceramah dengan mengatakan bahawa UMNO/Kerajaan ini jahil dan sebagainya walaupun sebenarnya Kerajaan tidak terlibat langsung.


Tolonglah, jangan hanya kerana nak naikkan rating jualan (mungkin?), anda memilih jalan kontroversi. Pesan saya, sila bincang dahulu tentang sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kontroversi sebelum diedarkan untuk tatapan umum.

No comments: