Tuesday, July 15, 2008

Antara Dato' Seri Najib & Anwar Ibrahim

Sekurang-kurangnya, kita rakyat Malaysia terutamanya penyokong UMNO/BN berasa lega kerana pucuk pimpinan telah mengatur suatu langkah peralihan kuasa melibatkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.


Walaupun ada pihak yang tidak menyokong, tetapi langkah ini merupakan proses yang perlu dilaksanakan dalam UMNO agar pergolakan antara kumpulan-kumpulan yang berkepentingan dapat diredakan.


Bagi Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas persetujuan yang dicapai setakat hari ini iaitu peralihan kuasa pada pertengahan tahun 2010. Walaupun PRU 12 adalah sejarah buruk bagi BN, tetapi moga beliau mempunyai masa untuk memperbetulkan keadaan sebelum penyerahan kuasa dilakukan.


Kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, saya mendoakan agar proses peralihan kuasa tersebut dapat berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah akan berlaku. Bagi seluruh warga UMNO/BN, memang kita melihat Dato' Seri Mohd Najib adalah pengganti yang terbaik untuk memimpin parti orang Melayu dan rakyat Malaysia.


Bersyukur ke hadrat Allah, kerana segala ujian yang diberikanNya dapat kita hadapi dengan tenang. Begitu juga kepada Dato' Seri Mohd Najib yang menghadapi saat-saat yang amat getir sebelum ini akibat kes pembunuhan berprofil tinggi dan dikaitkan dengan beliau suami isteri.


Ketenangan dan keberanian Dato' Seri Mohd Najib amat-amat saya sanjungi kerana permulaan yang baik telah dilakukan oleh beliau untuk membersihkan namanya yang selama ini dijaja dengan buruk oleh pihak pembangkang.


Langkah beliau bersumpah di hadapan ramai pihak bahawa penglibatan beliau dalam kes pembunuhan tersebut adalah fitnah meyakinkan kami warga UMNO. Perkara ini perlu dilakukan oleh beliau kerana pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim begitu asyik menuduh yang bukan-bukan terhadap beliau, bakal Perdana Menteri kita.


Saya pasti bahawa ramai pihak telah menutup mulut mereka daripada mengatakan yang bukan-bukan terhadap diri Dato' Seri Mohd Najib dan saya sendiri telah mempunyai 'peluru' yang cukup kuat untuk 'menghentam' mana-mana pihak yang masih memainkan fitnah ini.


Inilah bezanya seorang manusia yang diajar dengan penuh nilai, makna dan sifat kebangsawanan sewaktu kecil berbanding orang yang hidupnya suka 'berdemontrasi dan cakap yang bukan-bukan'.


Tambahan pula, orang itu langsung tidak berani untuk bersumpah yang dirinya tidak terlibat dengan kes liwat.


Akhirnya, kita sendiri mengetahui siapa yang berada dipihak yang benar dan salah.


Kepada Anwar Ibrahim, saya ingin mengucapkan.....ANDA PENGECUT!!!!!!!!!

No comments: