Thursday, July 10, 2008

Anwar Ibrahim Perlu Sahut Cabaran Saiful Bukhari

Lihat saja perkembangan kes liwat yang membabitkan pemimpin de facto Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bukan saja penyokong-penyokong beliau bermati-matian akan mempertahankan dirinya tetapi ada juga dikalangan mufti yang seolah-olah berada sebelah pihaknya.

Ini bukan soal politik tetapi adalah isu peribadi. Cuma yang terpalit dengan tahi adalah seorang yang mempunyai nama di peringkat nasional dan antarabangsa.

Lucu sekali bila dilihat Anwar Ibrahim yang selama ini kita lihat cukup berani menuduh ramai pihak dan mengata yang bukan-bukan pada orang lain terpaksa mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki.

Sekiranya benar ada cubaan bunuh, Anwar Ibrahim itu pastinya telah dibunuh sebaik saja dia keluar dari penjara 4 tahun yang lalu.

Kebetulan pula, bila Saiful Bukhari membuat laporan polis mengatakan dia diliwat oleh Anwar Ibrahim, terus sahaja Anwar Ibrahim mengatakan dia akan dibunuh.

Jika hendak buat perbandingan, sepanjang pengalaman penulis dalam siri Pilihan Raya Kecil dan sewaktu melihat demonstrasi, hanya penyokong-penyokong PKR dan PAS saja yang sanggup untuk membunuh walaupun hanya melibatkan kes bendera mereka bertindih dengan bendera BN. Ini hakikat dan jika ada sesiapa yang hendak nafikan, maknanya dia tidak pernah mengikuti siri Pilihan Raya Kecil.

Berbalik dalam soal liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Apabila dia keluar daripada Kedutaan Turki, pada sebelah malamnya dia telah berucap dihadapan hampir 10,000 orang di Stadium Melawati, Shah Alam.

Pada 6 Julai 2008 pula, hampir 15,000 penyokong beliau sanggup bersama-sama beliau dalam demonstrasi PROTES walaupun target mereka 1 juta orang.

Apa salahnya, pada hari tersebut, sekiranya Anwar Ibrahim itu betul-betul berani dan berada di pihak yang benar mengucapkan "Wallahi, Wabillahi, Wattalahi bahawa saya Anwar bin Ibrahim bersumpah bahawa saya tidak pernah meliwat sesiapa pun sepanjang hidup saya". Namun apa yang berlaku, beliau bersetuju untuk bersumpah dengan meletakkan syarat. Nampak benar beliau cuba lari untuk bersumpah.

Hari ini pula, Anwar Ibrahim membuat laporan qazaf yang mensyaratkan bahawa setiap perlakuan zina itu perlu mempunyai 4 orang saksi. Dalam kes rogol dan zina pada hari ini, dimana kita hendak dapatkan 4 orang saksi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri perlakuan tersebut? Untunglah pemangsa, jika terma ini digunapakai dalam kes-kes sebelum ini.

Islam bukan untuk menganiaya mana-mana pihak. Bak kata Menteri Besar Perak baru-baru ini, Islam adalah untuk menuntut keadilan. Justeru, dalam kes seumpama ini, bukti-bukti saintifik dan sumpah daripada mangsa adalah diperlukan.

Mengapa Anwar Ibrahim dilihat cuba mengelak dari menjalankan upacara sumpah? Saiful Bukhari yang baru hendak 'melihat-lihat' dunia politik pula dilihat lebih berani dalam soal menegakkan yang hak dan menidakkan yang batil.

Pada kes penghakiman liwat yang membebaskan Anwar Ibrahim, kita sendiri tahu bahawa ada bukti bahawa Anwar Ibrahim memang terlibat dalam perbuatan liwat tetapi dia dibebaskan kerana tidak ada bukti daripada sudut tarikh yang tepat dan masa.

Pada hari itu, Anwar Ibrahim dibebaskan. Tetapi pada kali ini, dia sudah tidak boleh lari. Dia seorang yang bebas bukannya dalam penjara. Jika betul berani, berdepanlah dengan Saiful Bukhari di hadapan para ulama, pemimpin dan rakyat. Nyatakan sumpah bahawa dia tidak meliwat Saiful Bukhari.

Buat Anwar Ibrahim, jangan hanya pandai bermain kata-kata. Jika ikhlas dan berada di pihak yang benar, sahutlah cabaran budak hingusan itu!!!!

No comments: