Wednesday, April 9, 2008

Antara 'Fitna' dan Fitnah, Geert Wilder dan Pembangkang Tidak Ada Bezanya

Sekali lagi dunia Islam tersentak dengan elemen penghinaan yang dilemparkan oleh kafir harbi terhadap kitab suci Al-Qur’an dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Umat Islam secara berterusan diserang oleh golongan kafir harbi ini kerana mereka tahu akan kelemahan umat Islam; tidak mampu berbuat apa-apa dek kerana kelemahan daripada sudut ekonomi.

Kebergantungan negara-negara Islam kepada barat menyebabkan penindasan terus berlaku dan sikap mementingkan keuntungan oleh sesetengah negara Islam yang kaya dengan hasil minyak juga menyebabkan pemimpin-pemimpin tersebut tidak mahu untuk bersuara.


Akhirnya kita tahu yang Geert Wilder, seorang ahli parlimen Belanda pasti tidak akan dikenakan apa-apa tindakan oleh Kerajaan Belanda. Memorandum, demonstrasi dan pemboikotan ke atas barangan keluaran Belanda tidak akan merugikan Geert Wilder.

Dia mengetahui bahawa kebergantungan negara Islam ke atas produk keluaran negara mereka melebihi segala-galanya.

Masa ini mungkin umat Islam memboikot produk-produk tersebut tetapi siapa yang mampu untuk menahan keinginan untuk memiliki produk yang telah bertahun-tahun digunakan?


Saya telah berpeluang untuk melihat sendiri dokumentari selama 15 minit yang dihasilkan dengan penuh sifat ‘kebinatangan’ oleh Geert Wilder dan konco-konco beliau. Memang tidak dapat dinafikan, segala macam perasaan berselubung di hati saya. Marah, sedih, geram, terhina dan perasaan untuk membunuh juga wujud di hati.

Mungkin, inilah perencanaan Barat yang berterusan untuk membalas dendam akibat kekalahan dalam Perang Salib.

Apa yang boleh saya nyatakan, dokumentari tersebut dibuat dengan menterjemahkan sedikit ayat-ayat Al-Qur’an berdasarkan pemahaman kafir harbi tersebut berkenaan hukuman Allah kepada golongan-golongan yang menentang umat Islam pada zaman Rasulullah S.A.W dan rasul-rasul sebelum itu.

Kepandaian konco-konco Geert Wilder dalam kemahiran ‘menyunting’ ucapan-ucapan pemimpin Islam berkenaan kezaliman orang-orang Yahudi juga telah berjaya memperlihatkan ‘kejahatan’ umat Islam yang kerjanya seolah-olah suka membunuh.

Inilah padahnya apabila kekurangan umat Islam untuk membentuk imej yang baik sepertimana ajaran Rasulullah S.A.W telah disalahertikan oleh golongan kafir harbi ini menentang dan mempermainkan sensitiviti umat Islam sesuka hati mereka.


Apabila teknologi ICT semakin berkembang, makin mudah kepada pengguna-penggunanya untuk meng’akses’ sebarang bentuk maklumat tanpa kita ketahui hujung pangkal dan kebenarannya.

Inilah yang digunakan oleh Geert Wilder apabila beliau mengetahui bahawa proses ‘suntingan’ menggunakan kemahiran teknologi ICT pasti akan menghasilkan lebih tumpuan.

Saya pasti bahawa keuntungan bukan matlamat utama beliau tetapi penyebaran maklumat palsu dan fitnah seperti yang telah dibuat oleh beliau adalah matlamat utama.

Atas tiket perjuangan demi keamanan seperti tema dokumentari ‘Fitna’ maka beliau telah menghalalkan apa saja cara demi memastikan umat Islam sedar bahawa keganasan bukanlah cara yang terbaik untuk memperoleh keamanan.

Tetapi langkah beliau dalam bentuk provokasi inilah bakal mengundang padah dan menjauhkan lagi hubungan dan fahaman antara Islam dan dunia barat.


Akhirnya, setelah saya melihat dokumentari fitnah tersebut dengan penuh rasa kesal, terfikir oleh saya bahawa adakah perkembangan ICT masakini membolehkan mana-mana pihak melakukan sesuka hati mereka tanpa memikirkan implikasi buruk akibat penyebaran maklumat yang salah?

Seperti di Malaysia, walaupun penggunaan aplikasi ICT masih dalam proses perkembangan tetapi impaknya telah dapat kita lihat melalui Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12) yang lalu.
Bloggers, laman web dan media alternatif telah menjadi tumpuan terutama golongan muda untuk mendapat lebih input tentang perkembangan politik dalam negara.

Bukanlah media tempatan tidak mendapat tempat tetapi sajian dan maklumat yang diberikan oleh mereka dilihat terlalu ‘mengampu’ dan memberikan imej-imej yang baik sahaja tentang apa perkara yang dilakukan oleh Kerajaan sedangkan ada perkara yang berlaku sebaliknya.
Justeru, tidak hairanlah mengapa sumber-sumber alternatif mula mendapat tempat.


Namun, yang menyedihkan apabila ada sesetengah pihak yang secara terang-terangan menggunakan kepandaian mereka ‘menyunting’ sama seperti yang dilakukan oleh Geert Wilder dengan tujuan untuk memburuk-burukkan sesetengah pihak terutamanya pihak Kerajaan.

Dengan mengambil contoh seperti yang dilakukan ke atas mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir apabila ucapan beliau berkenaan Anwar Ibrahim telah disunting oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Untuk pengetahuan mana-mana pihak, ucapan yang sebenar adalah “ada orang tuduh, saya tangkap Anwar, campak dia dalam penjara”. Tetapi pihak tersebut telah menyunting ayat “ada orang tuduh” sehingga menampakkan yang Tun Mahathir benar-benar telah melakukan penganiayaan ke atas Anwar.

Contoh yang lain pula adalah berkenaan debat antara Pas VS UMNO yang telah dilangsungkan sekitar tahun 2000. Pihak PAS secara terang-terangan telah mengedarkan VCD berkenaan debat tersebut yang menampakkan kemenangan telah mereka perolehi.

Tetapi, apabila VCD yang sebenar diedarkan maka pihak PAS mendapat malu kerana mereka telah melakukan pembohongan dengan menyunting rakaman sebenar tersebut untuk mengelakkan malu dikalangan ahli mereka kerana kekalahan sewaktu debat tersebut.


Inilah contoh-contoh yang boleh diberikan berkenaan proses suntingan yang boleh menyebabkan kebenaran terselindung di sebalik penipuan dan kepalsuan.

Teladan yang boleh diambil oleh kita semua adalah pihak-pihak tersebut terutamanya seperti hanief.blogspot yang amat terkenal dengan ‘kerajinan’ beliau melakukan proses suntingan sama saja perangainya dengan Geert Wilder.

Telah terbukti juga bahawa ada pihak-pihak tertentu pro pembangkang yang kerjanya memang suka menabur fitnah melalui laman web sehingga dikenakan saman RM 7 juta baru-baru ini. Juga serupa dengan perangai Geert Wilder.

Ada juga pihak pembangkang Islam yang lantang mengatakan bahawa haram bekerjasama dengan orang bukan Islam sehingga sanggup mengkafirkan lawannya akhirnya menjilat semula tahi yang dilemparkan kepada orang-orang yang menyokong UMNO. Juga sama-sama terlibat dan menyokong sepenuhnya projek babi terbesar dan termoden di rantau ini sedangkan sebelum ini mereka menabur fitnah bahawa Kerajaan BN cuba untuk meluluskan projek ternakan babi tersebut.


Jadi sudah tentulah bahawa Geert Wilder dan Pembangkang serta ‘Fitna’ dan Fitnah tidak ada bezanya.

2 comments:

Ahmad Zaini Ismail said...

kematangan dan keberanian saudara amat saya hargai. Orang yang macam saudara ini kalau diberikan tempat dalam Pemuda, akan memberikan nafas baru dalam perjuangan Pemuda.

Bukan maksud saya kepimpinan Hisham lesu, tetapi harus diberikan nafas baru untuk mengembalikan semula keyakinan generasi muda kepada Pemuda UMNO

Black-40 said...

UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.

Selain itu, pemimpin UMNO perlu menghayati semula semangat keperwiraan iaitu dengan lantang dan bersungguh-sungguh dalam mendekati serta menyelesaikan setiap masalah rakyat agar mereka menjadi pemimpin yang lebih dihormati.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, sudah ada kecenderungan dalam kalangan rakyat yang mengaitkan UMNO dengan tempat meraih kuasa dan kekayaan, sehingga parti itu semakin jauh daripada masyarakat.

"Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Ini bukan imej UMNO yang sebenar. Dalam keadaan kita gah tampil dengan gaya mewah, masalah dan rintihan orang di bawah pula tidak selesai-selesai. Semua ini rakyat lihat dan menilai, inilah yang akan buat orang berjauh hati dengan UMNO