Tuesday, June 15, 2010

Pada Pandangan Saya

Sekarang ni kalau turun di kampung-kampung, agak kecoh pasal hal subsidi. Semua kerana gara-gara si Pak Menteri cakap negara akan bankrap kalau hal subsidi tidak diuruskan dengan baik atau dimansuhkan.


Macam biasa, juak-juak pembangkang terus menyerang kampung-kampung dan memainkan peranan mereka. Habis dicanang seluruh kampung dengan mengatakan bahawa Kerajaan zalim, jahat dan sebagainya sebab ura-ura pemansuhan subsidi.


Macam biasa, bila ada hal sebegini rupa, saya perlu berfikir sebelum bagi pandangan. ada juga kawan-kawan yang bertanyakan hal ini dan mengatakan kerajaan silap sebab umumkan sebelum PRU 13. Bagi saya pula, apa sahaja pengumuman kerajaan berhubung soal ini samada sebelum atau selepas PRU tetap akan memberikan kesan.


Paling penting,adalah cara kita menafsir sesuatu tindakan. Maka, terfikirlah saya kaitan subsidi dengan hal anak-anak muda yang terjerumus ke lembah dosa.


Jika diperhatikan, antara golongan terbesar penerima subsidi adalah i) pengguna jalanraya - subsidi petrol, ii)petani - subsidi baja, iii)nelayan - diesel. Ini yang saya rasakan golongan terbesar.


Berbalik pula pada perenggan kedua saya yang menyatakan bahawa "juak-juak pembangkang menyerang kampung-kampung". Ramai orang-orang kampung terpengaruh dan mula mempersalahkan kerajaan. Juak-juak pembangkang bergembira kerana umpan menjadi.


Tetapi sedarkah mereka bahawa subsidi-subsidi berkenaanlah yang menyebabkan ramai anak-anak muda terjerumus ke lembah dosa?


30 tahun dahulu, pendapatan per kapita rakyat Malaysia bagi rantau asia adalah di tangga nombor 2. Kita berada dibelakang Korea. Taiwan, Singapura, Thailand, berada jauh dibelakang kita. Tetapi hari ini, pendapatan per kapita rakyat Malaysia hanya sekitar USD7000 dan sebenarnya tidak banyak berubah daripada 30 tahun dahulu. Sebabnya, kita terlalu banyak memberikan subsidi.


Disebabkan kampung-kampung tidak banyak mewujudkan sumber ekonomi, maka ramai anak-anak muda berhijrah. Kebanyakan mereka bekerja di sektor swasta. Maka, disebabkan negara kita ini terlalu bergantung pada subsidi, maka gaji anak-anak muda ini hanya sekitar RM800 minimum dan RM2000 maksimum.


Bila tiba masa, anak-anak muda ini hendak berkahwin. Tetapi apakan daya duit tidak mencukupi dan tidak mampu untuk menampung kos. Akhirnya, mereka melakukan zina dan terjerumus ke lembah dosa.


Inilah akibatnya apabila subsidi diberika terlalu banyak kepada orang-orang tua di kampung. Mereka dapat subsidi tetapi anak-anak muda mendapat dosa.


Bayangkan jika subsidi ditarik semula. Pertama, harga pasaran dapat ditingkatkan. Petani-petani atau nelayan boleh menjual produk mereka mengikut harga semasa.


Kedua, gaji anak-anak muda yang berhijrah dapat ditingkatkan. Mereka akhirnya mampu berkahwin dan terlepas dari membuat dosa.


Ketiga, pendapatan per kapita rakyat dapat ditingkatkan ke satu tahap yang lebih tinggi.


Akhirnya, apa yang saya ingin sampaikan ialah, sedarlah bahawa salah satu punca berlakunya gejala sosial adalah disebabkan adanya subsidi yang menyebabkan anak-anak muda tidak boleh mendapat gaji yang setimpal.


Jadi, pada pandangan saya, lebih baik dimansuhkan subsidi supaya generasi muda dapat bergerak ke arah yang lebih baik.

No comments: